Social Media Icons

banner image
banner image

43 Hari Jelajah Malaysia, Kakitangan Jabatan Kastam Catat Malaysia Book of Records


Johor Bahru: Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, seorang kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya menamatkan Kayuhan Solo Jelajah 1Malaysia sejauh 3,974.7 kilometer dalam masa 43 hari sekali gus mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Sahid Selamat, 52, yang juga kakitangan Bahagian Penguatkuasaan JKDM dan berasal dari Batu Pahat memulakan kayuhan jelajah Malaysia bermula 19 September lalu sebelum menamatkan kayuhan jam 3 petang di Menara Kastam Johor, semalam.

Kepulangannya disambut meriah oleh seluruh warga JKDM Johor termasuk Pengarah Jabatan Kastam Johor Jaafar Mat Jawi, keluarga dan sahabat handai serta wakil MBOR Nurasyikin Ramli yang menyerahkan sijil MBOR kepadanya di Menara Kastam.

Menceritakan pengalaman dan cabaran sepanjang kayuhan, Sahid berkata pada hari pertama kayuhan dirinya diuji dengan kerosakan basikal yang tidak dijangka apabila ‘bearing’ basikal pecah menyebabkan dia sukar menaiki bukit.

“Ketika itu saya memulakan kayuhan dari Kota Belud ke Kota Kinabalu dan ‘bearing’ basikal pecah, saya singgah ke bengkel basikal berdekatan, namun tidak dapat dibaiki dengan cepat kerana memerlukan masa tiga hari untuk disiapkan.


43 Hari Jelajah Malaysia, Kakitangan Jabatan Kastam Catat Malaysia Book of Records 43 Hari Jelajah Malaysia, Kakitangan Jabatan Kastam Catat Malaysia Book of Records Reviewed by TingkapDaily on October 30, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.