Social Media Icons

banner image
banner image

Sah Tulang Babi di Sungai Golok

Penduduk kampung melihat tulang babi di tebing Sungai Golok berhampiran Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang, dua hari lalu- Harian Metro
Pasir Mas: Jika sebelum ini ratusan penduduk yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand menjadikan Sungai Golok sebagai tempat beriadah dan bermandi mandi berikutan cuaca panas melampau melanda negara ketika ini.

Malah selain berpesta air sungai berkenaan, mereka turut mencari 'etak', sejenis kerang sungai di Sungai Golok menggunakan tudung saji atau baldi.


Baru-baru ini Tv3 melaporkan adanya penemuan tulang-tulang babi di dalam sungai tersebut. Ia dipercayai kerana penyeludupan daging babi menggunakan laluan Sungai Golok, tak jauh dari orang ramai mandi manda.


Hari ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengesahkan tulang ditemui penduduk di Sungai Golok di sini, baru-baru ini, milik dua babi kampung.

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Khairi Ahmad berkata, tulang itu berkemungkinan terdampar di tebing Sungai Golok selepas penduduk negara jiran membuangnya ke dalam sungai dan hanyut sehingga ke Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang.

Mohamad Khairi berkata, sebelum ini tulang babi itu tidak kelihatan namun ia jelas kelihatan selepas air sungai cetek.

Penduduk Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang yang mendakwa menemui sisa tulang babi di tebing Sungai Golok, menjadikan air sungai itu sebagai sumber utama untuk mandi dan membasuh pakaian berikutan gangguan bekalan air.

Air sungai itu turut mengalir ke Kampung Bagus yang kini menjadi tempat perkelahan baru di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan kerana paras air sungai yang cetek.


Sah Tulang Babi di Sungai Golok Sah Tulang Babi di Sungai Golok Reviewed by TingkapDaily on May 17, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.