Social Media Icons

banner image
banner image

Guna Laluan Kecemasan Tanpa Sebab, Kamu PEMBUNUH!

Laluan kecemasan, secara amnya ia dikosongkan darpada sebarang jenis kenderaan melainkan adanya kecemasan. Namun, masih ada manusia yang mementingkan diri dengan menggunakan laluan ini untuk kemudahan diri sendiri tanpa memikirkan risiko tentang perbuatan mereka jika berlakunya kemalangan. Inilah yang terjadi di Lebuhraya Plus arah utara.


9 jam lepas seorang lelaki telah kemaskini facebooknya yang menceritakan kemalangan yang berlaku, dimana beliau merupakan saksi kejadian tersebut:

"Sesiapa yang ikut plus arah utara area lepas tol simpang ampat petang td mesti sangkut jem teruk kan. Sesiapa yang ikut lorong kecemasan time tu, dukacita aku nak maklumkn bahawa korang adalah PEMBUNUH. Ya pembunuh, tapi jangan risau sebab kemungkinan besar korang takkan kena tangkap dan hukum gantung. Tapi pasti ada balasan untuk korang kalau tak di sini, mesti di sana nanti akan diadili seadil-adilnya.

Kepada PEMBUNUH-PEMBUNUH yang terlibat, aku nak cerita jenayah korang so baca dan hadam betul-betul. Buat yg lain ambil pengajaran dan jangan sesekali jadi PEMBUNUH macam diorang.


Eksiden tu jadi betul-betul depan kereta aku. Alhamdulillah masih ada jarak selamat jadi aku tak terlibat secara langsung. Ceritanya moto LC150 yg dinaiki oleh 2 beradik tu terlanggar belakang iswara yang rosak dan diletakkan di lorong kecemasan. Impak perlanggaran tu menyebabkan diorang tercampak ke lorong tengah lebuhraya. Lori sayur yg berada di belakang diorg mengelak dan menyebabkn lori tu terbalik melintang lorong tgh dan lorong kanan.  Uncle yg bwk lori sayur tu tak mengalami sebarang kecederaan. Pujian harus diberikan kepada dia sebab dapat mengelak 2 org penunggang tersebut sampai dia sendiri terbalik.

PEMBUNUH-PEMBUNUH sekelian, jenayah korang bermula di sini. Lorong tengah dan lorong kanan terus tertutup dan tak dapat dilalui. Tinggal satu lorong. Dan bila jd mcm ni PEMBUNUH-PEMBUNUH ni buat apa yg diorg selalu buat; gunakan lorong kecemasan tanpa rasa bersalah langsung. Dahla guna lorong kecemasan, bila sampai tempat kejadian drive slow, sambil tangan pegang telefon nak ambil gambar. Korang nak ambil gambar bukti jenayah korang ke ape?

Eksiden berlaku lebih kurang pukul 3:30 petang, dan ambulans pertama yang sampai adalah lebih kurang  SEJAM kemudian! SEJAM weh, perjalanan yang biasanya ambil masa tak sampai 15 minit. Ambulans tu ambil penunggang pertama dan tinggal lagi sorang penunggang.

Ambulans kedua sampai selepas 2 JAM SETENGAH! Eksiden pukul 3:30 dan ambulans kedua degan bomba sampai dekat-dekat pukul 6 weh! Semua disebabkan PEMBUNUH ni yang degan tanpa segan silu guna lorong kecemasan.

Kedua-dua mangsa tu suffer from head injury (cedera teruk di kepala). Bleeding (pendarahan). Time kami sampai diorang masih respond dan separa sedar. Kami tengok sendiri condition diorang deteriorate dalam masa menunggu ambulans sampai. Apa yg kami boleh buat cuma try stop bleeding dan elakkan diorg dari pengsan/tido. Masa ambulans sampai diorang dah kurang response dan semakin lemah. Sekerang diorang kat Hospital Seremban dan kami pun tak tahu apa condition dioragn sekarang. Harap diorang selamat walaupn harapan agak tipis.


Kepada PEMBUNUH-PEMBUNUH sekelian, aku harap korang sedar. Lorong kecemasan meant exactly for times like this. Tapi disebabkan keBANGANGan korang orang yg tak bersalah jadi mangsa. Aku tak doa benda ni jadi kat korang balik, cukupla korang sedar dan tak buat lg. Dan kpd yang lain-lain yang suka guna lorong kecemasan, ingatlah yang korang juga mungkin akan jadi PEMBUNUH suatu hari nnt. Ya dari dulu aku mmg sgt2 benci kt org2 yg suka guna lorong kecemasan time jem, tp hari ni aku rasa perasaan benci tu dah sampai tahap maksima. Korang  dah jadi PEMBUNUH!"


Mengikut komen yang ditinggalkan di facebook post Mohd Zulhairi Shariff, mangsa-mangsa tersebut telah meninggal dunia. Innalillah wa inna ilahi raajioun..janganlah kita menjadi pembunuh disebabkan sikap pentingkan diri.

Sumber Mohd Zulhairi Shariff 


Guna Laluan Kecemasan Tanpa Sebab, Kamu PEMBUNUH! Guna Laluan Kecemasan Tanpa Sebab, Kamu PEMBUNUH! Reviewed by TingkapDaily on May 22, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.