Social Media Icons

banner image
banner image

Badutkah Kami? Perkongsian Guru Ini Buat Kami Tersentuh Hati

Umum mengetahui bahawa 16 Mei merupakan hari guru. Hari inilah guru boleh bergembira dan beramah mesra bersama pelajar setelah penat mengajar. Selalunya hari guru disambut meriah oleh kebanyakan sekolah, malah ada yang siap bertema bagai. Warna warni dan ceria betul, nampak sangat seronok!

Namun, didalam keseronokan menyambut hari guru, ada pula yang mengecam dan mempersoalkan perlakuan para guru tersebut. Maka, ini jawapan balas dari seorang guru terhadap kecaman tersebut.

Gambar sumber Mohd Fadhli Salleh
Kali ini kami digelar badut. Hanya kerana tema hari guru. Hanya kerana pakai baju budak sekolah. Badutkah kami ini?

Kenapa hampir setiap hari bila kami merawat murid yang luka kami tidak digelar doktor? Kenapa bila kami menyiasat kes barang murid hilang kami tidak digelar detektif? Kenapa bila kami menangkap murid ponteng sekolah kami tidak di gelar polis? Kenapa bila kami menjatuhkan hukuman kami tidak dipanggil hakim? Kenapa?

Tapi bila kami pakai pakaian murid sempena tema hari guru, kami di gelar badut. Gelaran untuk menghina (bagi yang tidak cerdik). Sebenarnya badut antara insan mulia. Menyorok kesedihan sendiri disebalik senyuman yang berpura-pura. Hanya demi melihatmu ketawa. Hanya ingin melihat insan lain gembira.

Ya, kami badut. Badut yang sering mengabaikan diri demi anak-anak didik. Bagi melihat mereka terus senyum ceria.

Pakaian bertema ini tujuannya bukan untuk diperaga sesama rakan guru. Kerana kami ada makan malam sempena hari guru yang mana guru sahaja hadir. Kalau pakaian bertema untuk menggembirakan hati guru, kami hanya perlu pakai pakaian bertema malam itu sahaja. Hanya untuk tontonan rakan sejawat.

Tapi kami ni badut. Kami ingin murid kami berkongsi perasaan gembira ini. Ingin melihat senyum manis dan gelak tawa dari murid kami, terkadang kami sendiri terseksa disebalik kostum yang kami sewa. Ya,sewa dengan duit poket kami sendiri demi buat kamu ketawa dan gembira.

Itulah badut yang kamu sering ketawakan. Ketawalah,bergembiralah. Wajah kami sentiasa terukir senyuman kerana senyuman itu dilukis, sedang reaksi sebenar hanya kami dan Kholik kami yang Maha Mengetahui.

Orang yang cuba menghina guru sedemikian rupa ini biasanya merupakan orang yang ilmunya tidak berkat. Sepanjang hidup tidak pernah berterima kasih pada gurunya.

Akulah badut itu!


Sumber Mohd Fadhli Salleh.


Badutkah Kami? Perkongsian Guru Ini Buat Kami Tersentuh Hati Badutkah Kami? Perkongsian Guru Ini Buat Kami Tersentuh Hati Reviewed by TingkapDaily on May 19, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.